Artikel

Grab Rai Sedekad Operasi – Telah Sempurnakan Lebih 10 Bilion Perjalanan

Grab, firma teknologi Asia Tenggara yang menyediakan pelbagai kemudahan plaform pengangkutan dan makanan kini telah berjaya menyempurnakan 10 bilion perjalanan mereka pada awal Julali lalu. Lebih manis, rekod tersebut turut diraikan bersama sedekad, ulang tahun ke-10 operasi mereka.

Mengikut perkongsian Grab, meskipun sebelum ini mengambilmasa untuk meraih 1 bilion perjalanan bagi tempoh operasi 5 tahun, namun prestasi perkhidmatan Grab terus melonjak – apabila berjaya mencapai lebih 10 bilion perjalanan dalam tempoh 5 tahun kemudian.

Selain Malaysia, Grab turut meluaskan khidmatnya pada 7 pasaran negara lain. Antaranya Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam. Cambodia dan Myanmar.

Lebih terperinci, perkhidmatan tersebut turut meluas di 488 bandar dan telah mencatatkan jumlah perjalanan lebih 60 bilion kilometer. Manakala bagi perkongsian lain, berdasarkan pemerhatian mereka, dari aspek pesanan makanan dalam GrabFood – ternyata pengguna Malaysia terus gemar menikmati makanan tempatan antaranya Nasi Lemak. Ini berbeza dengan Filipina dan Myanmar lebih memilih pesanan makanan segera.

Manakala bagi segmen lain, Thailand tampil sebagai negara yang memiliki pengguna melakukan pesanan makanan dalam satu masa dengan nilai $2,094 dan Indonesia pula memiliki pengguna yang paling gemar memberi tip ketika pesanan.