Artikel

Google Cloud Lengkapkan Inisiatif Ekonomi Malaysia – Berpotensi Perluas Pelaburan Digital

Menyedari kepentingan mempercepatkan pertumbuhan negara dalam segmen digital apabila sekitar 725,285 perniagaan di Malaysia ketika ini telah mula meluaskan firma mereka secara atas talian – dengan sokongan Google Cloud, Malaysia kelak menjadi antara negara terpilih akan pembukaan rantau di bawah Google Cloud

Adanya pembukaan rantau baharu ini, ia dijangka menjadi pelaburan infrastruktur Google Cloud yang paling penting di Malaysia- dalam menyokong pangkalan pelanggan tempatannya yang semakin meningkat, termasuk syarikat-syarikat dalam industri terkawal di negara.

Pelaksanaan itu turut mendapat sokongan Tengku Zafrul merangkap Menteri Kewangan negara, pada sidang media pada hari ini (12 Ogos). Menurutnya inisiatif tersebut tidak sekadar melengkapkan usaha ekonomi digital negara dan syarikat tetapi turut akan memperkasakan pengguna secara individu untuk memperolehi lebih banyak manfaat menerusi kemudahan sumber tersedia.

Malah pendekatan perkongsian antara sektor swasta-awam negara turut memaparkan potensi pelaburan digital yang berkualiti tinggi dalam membantu Malaysia mencapai matlamat meraih RM70 bilion menjelang 2025 kelak.

Seterusnya, sokongan Google Cloud pada pelaburan infrastruktur digital negara turut akan memainkan peranan penting dalam membantu pentadbiran Malaysia dijangka dapat mencapai peralihan 80% sistem kerajaan ke awanan menjelang akhir 2022 ini.

Bagaimanapun, berbalik kepada pembukaan rantau Malaysia, Google pada sidang sebentar tadi tidak memperincikan lokasi tersebut dan tidak menetapkan sebarang tempoh makluman pengumuman terbabit.

Selain itu, tidak hanya Malaysia – bahkan Thailand, New Zealand dan Mexico turut di tambah sebagai negara yang akan menerima pembukaan rantau Google Cloud kelak.