Artikel

Malaysia Ingin Rancakkan Perniagaan Makanan Dari Rumah – Umum Peruntukan RM50 Juta

Bagi merancakkan ekonomi tempatan, Kerajaan Malaysia kini memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk menyokong individu yang ingin memulakan perniagaan makanan di rumah. 

Peruntukan tersebut menurut Perdana Menteri Ismail Sabri turut terpakai buat kumpulan yang membeli mesin sebagai kelengkapan perniagaan makanan serta pembelian motosikal bagi penyertaan khidmat penghantaran. 

Dana di bawah agihan AgroBank menerusi Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz ini pada peringkat pertama akan menawarkan pembiayaan sehingga RM5,000 dan RM10,000 untuk peringkat kedua.

Malah para pemohon juga akan diberi moratorium untuk 6 bulan pertama dan dikenakan kadar keuntungan 3% untuk bulan ke-7, dengan tempoh pembiayaan maksimum 60 bulan atau 5 tahun.

Menerusi agenda ini ia secara langsung tidak hanya membantu pemain ekonomi negara bahkan turut berupaya meningkatkan kapasiti pasaran buruh Malaysia.