Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini bertindak menjual 4.32 juta saham Hartalega Holdings Bhd, ini bermakna pegangan semasanya adalah 6.93% berbanding 7.056%.
Langkah itu pada makluman Bursa, secara langsung menperlihatkan penurunan kepentingannya pada firma pengeluar sarung tangan getah tersebut.
Seperti yang umum sedari ketika dunia dilanda tekanan pandemik COVID-19, syarikat sedemikian menerima manfaat yang tinggi pada keuntungan, namun situasi itu mulai merudum.
Apabila Hartalega sendiri mencatatkan penyusutan pada keuntungan bersih, jatuh 96.1% kepada RM88.28 juta bagi suku pertama yang berakhir 30 Jun. Sedangkan bagi tempoh yang sama pada tahun lalu – Hartalega mencatatkan keuntungan sekitar RM2.26 bilion.
Situasi tersebut tidak hanya didorong atas kelemahan permintaan tetapi turut menerima tekanan disebabkan kenaikan kos operasi serta kos gaji pekerja di negara.