Artikel

Kadar Sewa Premis Buat Peniaga Kecil, Penjaja Diarahkan Turun Sehingga 20% – Mulai September

Mana-mana agensi kerajaan yang memiliki premis perniagaan sewa kepada kumpulan peniaga kecil dan penjaja – kini diarahkan untuk menurunkan kadar sewa mereka sekitar 10% hingga 20% mulai September depan.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi melihat tindakan ini sebahagian daripada usaha untuk menurunkan harga jualan produk peniaga. Sekiranya kos operasi dapat dikurangkan bebanannya, ini akan memberi kesan yang baik pada harga jualan produk khususnya makanan.

Malah pihak pentadbiran negara berbesar hati jika terdapat agensi kerajaan yang ingin meningkatkan kadar penurunan sewa tersebut menjadi lebih tinggi.

Aturan tersebut tidak hanya merancakkan ekonomi negara, tetapi turut memelihara kebajikan para peniaga kecil di Malaysia.