Artikel

JPV, DOSM – Sedia Data Berhubung Aliran Bekalan Ayam Negara

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terus menggandakan usaha platform kumpulan datanya – apabila kini mula mengatur kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam mengetahui skala data bekalan ayam Malaysia.

Menurut perkongsian Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini, langkah itu bagi memastikan kawalan keselamatan makanan negara terus terjamin, di samping dapat diurus dengan teratur.

Berdasarkan perancangan itu, JPV dipertanggungjawab untuk merangka data melibatkan kadar pengeluaran ayam, import ayam, serta data terkini mengikut rekod permintaan semasa. Sementara DOSM pula akan tampil dengan Indeks Kos Pengeluaran Ayam secara bulanan – untuk dijadikan rujukan pada situasi semasa buat pasaran dan pengguna.

Selain ayam, pasukan khas turut merancangkan meluaskan idea data ini kepada barangan makanan lain untuk semua pihak memahami aliran bekalan makanan negara dari semasa ke semasa.