Arena e-dagang di Malaysia terus memaparkan pertumbuhan yang positif – apabila pada suku kedua 2022 berjaya meraih lonjakan 7.7% bagi data tahunan dengan mencatatkan pendapatan sejumlah RM288.2 bilion.
Berdasarkan perbandingan pada data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini, suku pertama pertumbuhan e-dagang negara mencatatkan sebanyak RM278.2 bilion. Ini bermakna terdapat peningkata 3.6% dari aspek data suku ke suku.
Manakala bagi prestasi sektor perkhidmatan pula menunjukkan terdapat peningkatan dengan merekodkan pertumbuhan RM506.5 bilion. Kenaikan tersebut disumbang menerusi segmen Perdagangan Borong dan Runcit, Makanan dan Minuman dan Penginapan.
Malah jumlah penyertaan tenaga kerja dalam sektor ini turut meningkat 177,600 individu kepada 3.8 juta pekerja.