Artikel

Kerajaan Tidak Berhasrat Naikkan Had Persaraan – Biarpun Rakyat Malaysia Ke Arah Menua

Malaysia berdasarkan pemerhatian, dijangka tampil selaku negara yang tua menjelang 2030, apabila 15% rakyat negara pada ketika itu dianggarkan berusia 60 tahun dan ke atas.

Meskipun menyedari peningkatan jumlah penduduk yang berusia akan terus berlaku – pentadbiran negara buat masa ini pada sidang Dewan Negara kekal dengan pendirian, tidak berhasrat menaikkan had usia persaraan minimum Malaysia.

Ini bermakna negara masih kekal dengan pelaksanaan di bawah Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753) yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2013 ke atas semua majikan di seluruh Malaysia, umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah apabila seseorang pekerja itu mencapai umur 60 tahun.

Ia menjelaskan individu masih boleh bekerja selepas berusia 60 tahun, namun tertakluk kepada tawaran oleh majikan mereka. Maka kelebihan itu, pentadbiran melihat tiada keperluan meningkatkan had umur persaraan tersebut.

Bagaimanapun, untuk makluman Akta 753 ini tidak terpakai kepada pekerja kerajaan, badan berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pekerja kontrak dan bukan warganegara.

Walaupun memahami terdapat keperluan meningkat had persaraan bagi membantu kebajikan pekerja negara, namun faktor produktiviti juga perlu diambil kira. Sekiranya ia terjejas, mampu meningkatkan perbelanjaan ekonomi negara pada aspek kesihatan serta keupayaan pekerja.