Artikel

7 Firma Malaysia Kini Tersenarai Pada ‘Asia’s 200 Best Under A Billion’

Forbes Asia Under A Billion 2022 memperlihatkan – pengiktirafan kepada firma penyenaraian awam berskala kecil dan sederhana di Asia Pasifik, yang berupaya bertahan meskipun berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Di bawah pengiktirafan tersebut, ternyata 7 firma Malaysia telah tersenarai dengan memaparkan prestasi jualan tahunan antara $31 juta (RM137 juta) hingga $410 juta (RM1.8 bilion).

Melihat pada carta, ternyata syarikat Kim Loong Resources mendahului dengan $410 juta jualan, diikuti UG Healthcare ($251 juta), D&O Green Technologies ($204 juta), ViTrox ($164 juta), Greatech Technology ($97 juta), Tashin Holdings ($94 juta) dan CE Technology ($31 juta).

Prestasi yang membrangsangkan dari syarikat tempatan ini didapati telah didorong hasil daya saing dan ketahanan yang konsisten oleh firma, setelah berdepan pelbagai dinamik persekitaran krisis dunia.

Penyenaraian ini jelas memberi petunjuk positif kepada prestasi perniagaan Malaysia, di mana pencapaian tersebut tidak hanya tertumpu kepada permintaan domestik bahkan ia berpotensi meluas kepada pasaran global.