Artikel

Institusi Bank China Berpotensi Rugi $350 Bilion – Akibat Krisis Hartanah

Kesan krisis hartanah yang terus menghantui pasaran China ketika ini, institusi bank dijangka berdepan kerugian sebanyak AS$350 bilion.

Senario terburuk ini berlaku berikutan, paras keyakinan pembeli telah menjunam dan pelbagai projek perumahan pula terbengkalai – sekaligus mencetuskan peningkatan tunggakan pada pinjaman gadai janji.

Menurut People’s Bank of China (PBOC) setakat akhir Mac berdasarkan tunggakan melibatkan sektor hartanah pada pinjaman gadai janji adalah sebanyak 39 yuan bilion dan 13 trilion yuan pula melibatkan pinjaman pemaju.

Situasi itu secara langsung menyebakan institusi bank terperangkap – ini kerana sekiranya pihak kewangan tidak membantu pemaju menyelesaikan projek, kadar kerugian akan menjadi lebih tinggi.