Artikel

RM1 Bilion Anggaran Kos, Sekiranya PRU15 Dilaksanakan – SPR

Jika benar pilihan raya bakal dilaksana kelak, dianggarkan sekitar RM1 bilion kos perbelanjaan mengurus perlu diperuntukan untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan tanggungjawab tersebut.

Secara jelasnya, anggaran ini lebih tinggi berbanding peruntukan pilihan raya sebelumnya.

Jangkaan kos ini menurut laporan Utusan pada Januari lalu telah dikongsikan oleh SPR – setelah mengambilkira keperluan bagi pelaksanaan latihan serta kursus sebagai persediaan depani tempoh mengundi.┬áSelain itu, kos operasi melibatkan keperluan logistik, sistem rangkaian dan peralatan sokongan ke atas petugas turut diambilkira.

Buat pengetahuan umum, peningkatan kos ini juga mengambilkira pertambahan jumlah pengundi di negara. Di mana telah diturunkan kepada individu berusia 18 tahun sejak Disember 2021. Ini bermakna sekiranya Parlimen dibubarkan kelak, seramai 21.1 juta pengundi di Malaysia dijangka akan mengambil bahagian dalam sesi pemilihan wakil rakyat negara.