Artikel

KSM, Perkeso Sasar Perkasakan Caruman – Ke Atas 2.99 Juta Suri Rumah Di Malaysia

RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 kini secara majoritinya menerima kelulusan pada sidang Dewan Negara semalam (9 Ogos).

Melalui kesepakatan itu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang merancang memperkasakan aktiviti caruman ke atas suri rumah dalam kalangan pekerja lelaki yang telah berkahwin.

Langkah di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) ini tidak hanya melindungi hak isteri selaku suri rumah tetapi kelak sedang dipertimbangkan suami (pekerja) menerima insentif pelepasan cukai pendapatan dan insentif padanan caruman – di mana sebahagian caruman dapat ditanggung oleh kerajaan.

Akan tetapi cadangan tersebut sedang diperhalusi dari semasa ke semasa, mengikut aliran kewangan semasa negara.

Tindakan ini secara langsung bertepatan dengan peranan suri rumah dalam menyumbang kepada nilai ekonomi pada pembangunan institusi kekeluargaan negara. Setakat ini, di Malaysia sekitar 2.99 juta warga suri rumah akan menerima manfaat di sebalaik SKSSR ini.