Artikel

Dewan Negara Kini Luluskan RUU Larangan Lompat Parti

Menerusi undian belah bahagian, sidang Dewan Negara ketika ini telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Larangan Lompat Parti ke atas ahli politik negara.

Berdasarkan sokongan, seramai 52 ahli Dewan Negara telah menyatakan persetujuan, sementara 7 lagi ahli dimaklumkan tidak hadir.

Manakala mengikut sesi perbahasan pula – terdapat 33 ahli Dewan Negara telah turut serta dalam merungkaikan perbincangan RUU tersebut.

Adanya sokongan tersebut, kelak akan memperlihatkan jika terdapat mana-mana wakil rakyat melaksanakan pertukaran parti tanpa sebab yang kukuh, meskipun dalam pakatan yang sama atau berbeza – pihak tersebut bakal kehilangan kerusi Parlimen mereka.

Berita ini akan dikemas-kini dari semasa ke semasa