Artikel

DuitNow Request Memudahkan Pengguna Minta Hutang – Kini Diperluaskan Menyokong 5 Bank

Jika sebelum ini, ciri DuitNow Request hanya didapati pada perbankan Standard Chartered sahaja – kini tidak lagi, ciri tersebut mula diperluaskan pada lima bank di Malaysia.

Ia melibatkan perluasan kepada Bank Muamalat, CITIBank, HSBC, OCBC dan Standard Chartered.

Ini bermakna para pengguna boleh meminta wang secara langsung kepada pihak lain dengan DuitNow Request. Kemudahan ini boleh dilaksanakan secara serta-merta melalui nombor telefon pengguna, pengenalan diri, nombor pasport, nombor tentera/polis, nombor pendaftaran perniagaan (BRN), serta akaun bank

Perincian itu sekaligus menjelaskan, tidak hanya individu tetapi entiti syarikat dan badan kerajaan juga turut boleh menggunakan kemudahan DuitNow Request ini.  Had pembayaran bagi setiap transaksi akan diteliti berdasarkan penilaian risiko dan kriteria bank terlibat – bagi individu ia berupaya mencapai sehingga RM50,000 sehari transaksi, sementara perniagaan mula sehingga RM10,000,000 setiap transaksi.

Di mana perolehan semula pembayaran tersebut akan dilakukan menerusi Akaun Simpanan Semasa, dan Akaun Aliran Kredit bank yang terlibat. Sebarang penjelasan lanjut, para pengguna boleh layari pautan DuitNow Request ini untuk ketahuinya.