Artikel

Ambank Tawar Pulangan Tunai 50% (Dihadkan RM20) Untuk Transaksi Pertama Apple Pay

Bersempena hari pelancaran Apple Pay di Malaysia hari ini, kini salah satu bank yang menyokongnya, iaitu Ambank, turut menyediakan pulangan tunai kepada para penggunna kad kredit Ambank yang pautkan kad ke Apple Pay.

Untuk transaksi pertama menggunakan Apple Pay, pengguna Ambank akan menerima pulangan tunai sebanyak 50%, yang mana dihadkan kepada RM20 pada transaksi berkenaan.

Ambank mengatakan promosi ini sehingga 31 Oktober 2022 kelak, dan untuk kad AmBank Visa Credit Card / AmBank Islamic Visa Credit Card-i / AmBank Mastercard Credit Card / AmBank Islamic Mastercard Credit Card-i sahaja.

Ambank memperuntukkan pulangan tunai berjumlah RM163,000 dibawah kempen promosi ini.