Artikel

Felcra Bangunkan Kompleks Ternakan – Jangka Hasilkan 3.6 Juta Ekor Ayam Setahun

Demi memperkukuhkan rantaian bekalan makanan negara, Felcra Berhad kini mengorak langkah membangunkan projek mega ternakan ayam pedaging (sistem tertutup) di Tanjung Seratus.

Menerusi peruntukan bernilai RM60 juta ini, pada laporan ia dijangka mampu mengeluarkan sekitar 3.6 juta ekor ayam dalam tempoh setahun.

Matlamat tersebut – secara langsung membantu pasaran negara menangani ketirisan bekalan mentah negara di samping memperkasakan permintaan ayam di peringkat serantau.

Malah usaha ini turut membantu Felcra, mempelbagaikan portfolio perniagaan kumpulan – tidak hanya tertumpu kepada sektor perladangan sawit sahaja. Maka langkah itu akan membantu negara memenuhi permintaan semasa.

Setakat ini keperluan ayam negara mencapai 2.09 juta ekor sehari dan 62.9 juta ekor sebulan dan permintaan tersebut dijangka dapat dicapai menjelang 20 Disember ini.