Artikel

Apple Pay Hanya Sokong Maybank, Ambank Dan Standard Chartered Buat Masa Ini

Apple hari ini secara rasminya telah melancarkan sokongan pembayaran nirtunai tersendiri, dinamakan Apple Pay. Buat masa ini, hanya tiga bank yang disokong untuk Apple Pay.

Di Malaysia, Apple Pay menyokong kad kredit dan debit Maybank, kad kredit Ambank, dan juga kad kredit Standard Chartered. Sokongan disediakan untuk kad keluaran Visa dan MasterCard.

Bank-bank lain masih belum disokong lagi buat masa ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah bank-bank lain menyasarkan sokongan untuknya.

Apple turut menyatakan sokongan untuk kad American Express akan menyusul tidak lama lagi.