Artikel

OPR Naik, Tidak Terlalu Menjejaskan Golongan B40 – MOF

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Timbalan Menterinya pada sidang Dewan Negara ketika ini memperincikan – langkah kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) diperhatikan tidak memberi kesan yang ketara ke atas kumpulan pendapatan rendah, B40.

Ini kerana sebahagian pinjaman B40 (1 per 3) adalah pada kadar tetap iaitu merangkumi pinjaman melibatkan peribadi dan kenderaan.

Pihaknya mengakui meskipun buat masa ini kos sara hidup semakin meningkat, namun kenaikan OPR secara beransur adalah bertujuan untuk mengurangkan tekanan secara tergesa-gesa kepada pengguna negara.

Malah menyokong kepada langkah tersebut, pada laporan terdapat pelbagai program kewangan telah disediakan di bawah BNM bersama agensi kewangan seperti AKPK. Menerusi kemudahan itu, ia disasarkan membantu semua pihak depani tekanan kos semasa dengan lebih terkawal.