Artikel

Lebih 2.7 Juta Penduduk Malaysia Selesa Bekerja Sendiri – DOSM

Aliran pasaran buruh negara dilihat semakin memulih dan positif apabila pertumbuhan penduduk bekerja di Malaysia kini naik 0.8% kepada 15.70 juta pekerja.

  • Majikan – 3.2%
  • Pekerja – 75.6%
  •  Pekerja Keluarga Tanpa Gaji – 3.2%
  • Bekerja Sendiri – 17.7%

Peningkatan penyertaan pada pasaran pekerjaan sekaligus memaparkan kadar pengangguran negara menjadi lebih rendah dengan di paras 3.9% bagi suku kedua 2022.

Berdasarkan pecahan sekitar 9.60 juta (61.1%) penduduk bekerja didominasi lelaki, sementara 6.10 juta (38.9%) pekerja pula adalah wanita. Manakala pekerjaan mengikut pencapaian pula menunjukkan sektor pendidikan menengah menyumbang peratusan tertinggi dengan 56.6%, pendidikan tertiari (tertinggi) dengan 4.91 juta (31.3%).

Menurut tinjauan Jabatan Perangkaan (DOSM) ini, secara menyeluruh aliran ekonomi dan pasaran pekerjaan negara semakin beransur positif dan disasar kedudukan ini akan lebih baik setelah aktiviti pelancongan kembali rancak semula kelak.