Bank pusat Australia pada hari ini (9 Ogos) memulakan pelaksanaan mata wang digital bank pusat (CBDC) di negaranya di bawah pelan penyelidikan selama setahun.
Langkah pelancaran antara Reserve Bank of Australia (RBA) dan DFCRC – Pusat Penyelidikan Koperasi Kewangan Digital itu akan memberi tumpuan kepada manfaat disebalik penerapan mata wang digital ini pada pasaran ekonomi dan teknologi sistem kewangan mereka.
Penerapan ini bagaimanapun tertakluk pada fasa rintis buat kumpulan tertentu sahaja. Di mana pemain industri yang berminat akan dialukan untuk turut serta menggunakan mata wang digital dan memahami faedahnya pada khidmat pembayaran negara.
Selain Australia, negara seperti Thailand dan Rusia turut kelak bakal memulakan ujian rintis mata wang digital mereka pada sektor ekonomi.