Artikel

Rakan Penghantar Bakal Disyaratkan Miliki Lesen Vokasional – MOT

Sesi pertemuan antara Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama rakan penghantar pada kali ini (8 Ogos) secara langsung telah memperlihatkan perbincangan berhubung penambah-baikan hak pekerja ekonomi gig dalam pasaran negara.

Melihat pada pertikaian yang berlaku, MOT menggariskan terdapat kekurangan komunikasi antara penyedia khidmat penghantaran (EHO) bersama rakan penghantar. Di mana situasi tersebut telah menimbulkan kekeliruan pada agihan membabitkan kebajikan rakan penghantar negara.

Maka bagi menjamin situasi tersebut terkawal, semua rakan penghantar kelak digesa memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL) – setelah beberapa akta pengangkutan dipinda.

Ini melibatkan usaha MOT untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Sekiranya pindaan ini berjaya dicapai ini akan membantu matlamat pengawalseliaan serta penetapan peraturan dalam landskap ekonomi gig.

Ada pemilikan GDL, ia turut akan membantu kementerian mengenalpasti kapasiti rakan penghantar di Malaysia dan dapat memperbaiki kualiti sektor dari semasa ke semasa dalam ekonomi negara.