Artikel

CU, Kedai Serbaneka Korea Selatan – Sasar Buka 500 Cawangan Lagi Di Malaysia

CU, kedai serbaneka milik Korea Selatan kini menyasarkan memiliki 500 cawangan baharu menjelang tahun 2026 di seluruh Malaysia.

Jenama di bawah MYCU Retail, anak syarikat MyNews itu merancang pembukaan cawangan secara berperingkat ini akan memperlihatkan sekitar 50 cawangan baharu di Semenanjung Malaysia akan dibuka pada akhir tahun ini.

Pembukaan tersebut mengikut laporan akan melibatkan lokasi di Lembah Klang, Melaa, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan KLIA2.

Meskipun akui pasaran semasa sedang berdepan tekanan namun langkah perluasan itu harus diambil susulan pertumbuhan runcit di Malaysia kini semakin membrangsangkan.

Setakat ini CU memiliki 100 cawangan di Malaysia dan merancang akan meluaskan jenama ke pasaran di Sabah serta Sarawak.