Artikel

45% Rakyat Malaysia Didapati ‘Cukup-Cukup Makan’ – Susulan Kenaikan Kos Sara Hidup

Ternyata 45% rakyat Malaysia ketika ini hanya memiliki status kewangan sekadar ‘cukup-cukup makan’ sahaja susulan berdepan tekanan kos sara hidup yang tinggi.

Tinjauan ke atas 28 buah negara diseluruh dunia di bawah Ipsos itu menunjukkan selain Malaysia terdapat 2 negara lain turut memaparkan status kewangan yang sama iaitu Belgium (43%) dan Jepun (43%).

Manakala bagi status kewangan yang hidup selesa pula seramai 7% rakyat Malaysia yang berada dikedudukan tersebut. Angka itu sekaligus menunjukkan peratusan hidup selesa di negara jauh ketinggalan berbanding purata di paras global (12%). Ini pecahan penuh berasaskan peratusan status kewangan rakyat Malaysia mengikut tahap kehidupan;

  • Hidup selesa – 7%
  • Hidup baik-baik – 22%
  • Cukup-cukup makan – 45%
  • Agak sukar – 18%
  • Sangat sukar – 6%

Dan secara keseluruhannya, negara yang paling memaparkan kesukaran hidup rakyat didominasi Argentina dengan 66% berdepan tahap kesukaran, diikuti Turki (64%).