Artikel

KPM Bakal Lancarkan Halaman Khas – Semak Kos Utiliti Di Setiap Sekolah

Bagi memastikan penggunaan sumber dana pada sektor pendidikan digunakan sebaik mungkin, kelak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan paparkan jumlah kos penggunaan utiliti di setiap sekolah pada sebuah halaman khas.

Pelancaran tersebut dijangka akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Menurut Menteri KPM, Radzi Jidin pada sidang media hari ini (8 Ogos) langkah ini susulan terdapat peningkatan kos pada penggunaan utiliti sejak pandemik tempoh hari. Di mana terdapat sekolah terpaksa menanggung sehingga mencecah RM90,000 sebulan.

Maka cadangan penggunaan utiliti secara optimum bakal dilakukan demi menjaga kesejahteraan sumber pendidikan negara.