Artikel

Ladang Tenusu Skala Besar Dibangunkan Di Perlis – Sasar Hasilkan 100 Juta Liter Susu Segar Setahun

Dengan berkeluasan 8,053 ekar dan melibatkan pelaburan sehingga RM4.5 bilion – FGV menerusi FGV Integrated Farming (FGIV) kelak akan membangunkan perniagaan ladang tenusu di Chuping, Perlis.

Pelan ini menurut kenyataan bersama Bursa Malaysia – disasar dapat beroperasi secara komersial menjelang tahun 2025 kelak. Di mana rancangan itu akan melibatkan usahasama (JV) dengan Baladna Food Industries dan Touch Group Holdings.

Lebih menarik, aturan itu tidak sekadar merancakkan pertumbuhan pasaran tenusu Malaysia dengan sasaran penghasilan 100 liter juta susu segar setahun bagi tempoh 3 tahun pertama – ia juga akan membuka peluang pekerjaan terhadap lebih 2,000 petugas di negara.

Adanya penggandaan penghasilan susu segar di negara – ia tidak sekadar mengurangkan aliran import tetapi turut meningkatkan bekalan khasiat di pasaran negara.

Menerusi agenda itu ia kelak akan menjadikan FGV Agro Valley ini sebagai antara hab agro  yang berperanan mengukuhkan pelan sekuriti makanan negara.