Artikel

AirAsia Pocket Kini Hanya Sokong Tambah-Nilai Menggunakan Kad BigPay Sahaja

Seperti yang umum ketahui, pada pertengahan Jun lalu – AirAsia Pocket iaitu platform dompet digital baharu di bawah AirAsia Super App telah dilancarkan buat kemudahan pengguna.

Lanjutan pelancaran tersebut, bermula 4 Ogos lalu – secara rasminya tindakan tambah-nilai dibawah airasia pocket hanya boleh dilakukan melalui kad BigPay sahaja.

Ini bermakna segala pengisian baki pada ciri airasia pocket itu – hanya tertakluk melalui kad BigPay.

Pengumuman itu secara langsung mengalakkan pengguna AirAsia yang tidak sertai BigPay dan ingin menggunakan airasia pocket boleh berdaftar pada kad BigPay sekarang.

Tambahan pula, segala ciri membabitkan airasia pocket seperti pemindahan dana (transfer) dan penerimaan dana (receive) telah dihapuskan pada dompet digital. Tindakan itu sekaligus menjadikan aplikasi ini terhad hanya pada penambahan nilai melalui BigPay sahaja.

 

Menerusi pelancaran airasia pocket sebelum ini, ia menawarkan dua jenis akaun airasia pocket iaitu Lite dan Pro. Akaun Lite disyorkan untuk kegunaan harian dengan had saiz dompet sebanyak RM500, manakala untuk akaun Pro pula direka untuk transaksi bernilai tinggi dengan had saiz dompet sehingga RM4,999.

Malah pengguna juga berperluang memperolehi mata ganjaran airasia semasa proses pengaktifan, selain menikmati tambahan 10% diskaun untuk semua tempahan penerbangan AirAsia dan 10x mata ganjaran airasia dengan setiap pesanan melalui airasia food pada hujung minggu.

Setakat ini ia tersedia di Malaysia dan dijangka akan diperluas ke Thailand pada suku keempat, Indonesia pada suku kedua 2023 dan Filipina pada suku keempat 2023.