Artikel

Malaysia Alami Kekurangan Akauntan Bumiputera – Tidak Sampai 10%

Walaupun Malaysia memiliki lebih 22,000 akauntan bertauliah di negara, namun tidak sampai 10% daripada jumlah tersebut hanya melibatkan akauntan bumiputera negara.

Ini bermakna masih kurang pendedahan berhubung perolehan sijil profesional perakaunan dari The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) untuk mereka. Rata-rata golongan ini berpendapat perolehan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan sahaja sudah memadai.

Persekitaran tersebut menurut laporan Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) wajar laksana perubahan. Ini kerana penyertaan bumiputera pada kumpulan akauntan bertauliah dilihat tidak seimbang dengan peratusan 70% jumlah mereka pada populasi negara.

Sehingga kini MyPAC menyasarkan untuk mencapai 30% akauntan bertauliah bumiputera menjelang 2027 kelak. Langkah ini tidak hanya meningkatkan kerjaya para akauntan tetapi turut memenuhi permintaan sektor pada industri perniagaan dan kewangan yang semakin mencabar.