Kaedah pembayaran menggunakan COD, cash-on-delivery atau bayar semasa hantar – kini pilihannya semakin mengecil di negara. Apabila hanya 27% pengguna di Malaysia sahaja masih menggunakan ciri pembayaran ini.
Berlandaskan tinjauan Rakuten pada tabiat membeli-belah pengguna Malaysia bagi Mei hingga Julai 2022 – ternyata pengguna negara lebih selesa akan ciri nirtunai (tanpa tunai) untuk pembayaran. Di mana;
- 55% pengguna memilih kad debit dan kad kredit
- 52% pengguna memilih pemindahan bank
- 42% pengguna memilih dompet digital
- 11% pengguna memilih BNPL
- 11% pengguna memilih aplikasi pembayaran di telefon pintar
- 2% lain-lain kaedah
Meskipun tidak diperincikan mengapa penggunaan kaedah COD di negara semakin mengecil – namun dapat diperhatikan faktor keselamatan dan penipuan menjadi antara aspek utama kaedah ini sering dielakkan oleh pengguna negara. Malah penggunaan 88% telefon pintar dalam kalangan pengguna turut tampil sebagai faktor utama, mengapa nirtunai lebih menjadi pilihan para pengguna.
Sementara negara Asia Tenggara yang lain masih memaparkan penggunaan tinggi dalam kaedah pembayaran COD bagi tempoh tinjauan tersebut. Antara yang masih gemar menggunakannya adalah Filipina (85%), Vietnam (69%), Taiwan (64%), Thailand (61%) dan Indonesia (45%).