Artikel

Thailand Jangka Uji Penggunaan Mata Wang Digital – Akhir Tahun Ini

Bank of Thailand (BOT), bank pusat negara jiran ketika ini sedang merancang untuk memajukan pembangunan mata wang digital bank pusat (CBDC) ke fasa ujian rintis – menjelang akhir tahun ini.

Makluman rasmi itu susulan penerangan pihak Thailand akan persediaan mereka untuk menerapkan penggunaan CBDC pada sektor ekonomi sebagai alternatif kaedah pembayaran. Bagaimanapun langkah tersebut masih memerlukan pelbagai pertimbangan menyeluruh melibatkan risiko sistem kewangan.

Maka usaha ujian rintis tersebut akan memantau kesesuaian teknologi, potensi dan keselamatan mata wang digital tersebut pada ekonomi Thailand – dijangka sekitar 10,000 pengguna runcit akan terlibat pada fasa rintis ini.

Mengikut perancangan, fasa ujian tersebut akan mnggunakan teknologi yang dibangunkan oleh Giesecke+Devrient dan dijangka akan bermula pada akhir tahun dan berlangsung sehingga pertengahan 2023. 

Selain Thailand, terdapat 100 negara lain kini turut sedang meneroka potensi CBDC termasuklah Malaysia.