Artikel

Syarikat Induk KFC Pertimbang Gandakan Promosi – Buat Pembeli Pendapatan Rendah

Memahami tekanan yang dihadapi pengguna berpendapatan rendah pada pembelian makanan, syarikat induk KFC, Yum Brands (Yum!) kini merancang menawarkan lebih banyak promosi bersama penawaran menu pada harga yang lebih rendah.

Menurutnya pada laporan Reuters – langkah itu diambil setelah memperlihatkan aliran perbelanjaan yang semakin rendah bagi pengguna dalam kelas pendapatan tersebut.

Ketika ini di pasaran Amerika Syarikat (AS) tekanan kos sara hidup yang semakin meruncing, telah membawa tanggungan kos sehingga ke paras pendapatan korporat, menjadikan restoran makanan segera menerima kesan jualan yang semakin rendah. Ini kerana pengguna awam lebih memilih untuk laksana simpanan dan mencatu pembelian makanan mereka.

Maka strategi jualan makanan perlu dilaksanakan bagi menjamin kesejahteraan operasi dan pengguna.

Tidak hanya KFC, Pizza Hut dan Taco Bell, namun jenama McDonald’s turut mempertimbangkan agihan diskaun yang lebih banyak kepada pengguna.

Malah pihak penyedia turut akui, tidak hanya pengguna – syarikat makanan turut berdepan tekanan berhubung peningkatan kos bahan, operasi, tenaga buruh, yang ketika ini telah mendorong peningkatan perbelanjaan mencecah 4%.