Kelihatannya produk yang lebih lestari atau mesra alam kini memaparkan pemintaan yang lebih tinggi dalam kalangan pengguna Shopee.
Berdasarkan pemantauan data medium e-dagang tersebut, peningkatan 14% permintaan telah direkodkan dan dirumuskan selesa untuk digunapakai bagi jangka masa panjang. Ini merangkumi produk isi rumah seperti penghawa dingin, lampu solar berserta panelnya.
Selain permintaan barang kediaman tersebut, pembelian bagi barangan keperluan seperti beg boleh guna bersama pinggan (19%) dan produk kebersihan diri organik (33%) turut memperlihatkan lonjakan.
Maka menerusi Shop Green bersama Shopee – para pengguna kini boleh mengetahui pelbagai jualan semasa produk berkonsepkan lestari dan dapat berhubung secara terus bersama peniaga untuk mengetahui serta memahami lebih lanjut tentang isu kelestarian produk.
Bagi maklumat lanjut para pengguna boleh layari pautan Shop Green Shopee di laman rasmi mereka.