Maybank pada hari ini (5 Ogos) memberi peringatan kepada para penggunanya untuk melaksanakan perubahan had harian transaksi FPX anda sebelum 20 Ogos kelak.
Ini kerana kini para pengguna boleh menetapkan had harian FPX sehingga RM50,000 setiap hari dan jika tidak melakukan perubahan tersebut sebelum 20 Ogos maka had sedemikian akan ditetapkan pada RM3,000 secara automatik.
Buat pengetahuan FPX adalah khidmat pembayaran berasaskan internet yang membenarkan pembayaran masa-nyata untuk pembelian atas talian atau pembayaran bil dilaksanakan. FPX dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia.
Maka untuk mengelakkan situasi tersebut berlaku, pada laporan pengguna hanya perlu log masuk pada laman rasmi Maybank2u dan klik pada butang Tetapan > pilih butang Bayar & Transaksi seterusnya > pilih FPX untuk perubahan had transaksi harian anda.
You can now set your FPX daily transaction limit on the M2U web. Kindly update your daily limit by 20 August 2022 or it will automatically be set to RM3,000 per day, to improve your online banking security. See the images below to learn more. Details: https://t.co/hPAHjwaR1x
— Maybank (@MyMaybank) August 5, 2022