Artikel

Malaysia Tanggung RM5.2 Bilion, Nilai Kerugian Akibat Kes Penipuan Atas Talian – Meta

Pada ketika dunia menjadikan digital sebagai alternatif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara, terdapat pula segelintir pihak memanfaatkannya demi kepentingan mereka – dengan menjalankan penipuan.

Itulah yang berlaku pada pasaran Malaysia, apabila terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM5.2 bilion berhubung kes penipuan secara atas talian sejak 2020 sehingga Mei 2022.

Mengikut pemantauan Meta menerusi inisiatif #TakNakScam, ini adalah senarai pecahan kes penipuan yang berlaku;

  • 48,850 (68%) melibatkan kes penipuan secara atas talian
  • 19,253 kes melibat penipuan  e-dagang
  • 350 kes melibatkan penipuan pekerjaan
  • 11,875 kes melibatkan penipuan pinjaman dan pelaburan

Memahami kesukaran yang didepani para pengguna negara, Meta kini tampil dengan 3 pelaksanaan baharu di bawah #TakNakScam. Pertama menyediakan modul celik digital – We Think Digital bagi meningkatkan pendidikan awam berhubung pelaporan penipuan. Kedua ingin menarik penyertaan orang awam pada pengetahuan kewangan yang lebih terperinci pada pelbagai format media. Manakala ketiga memberi fokus hak pelindungan yang wajar diketahui oleh penjual serta pengguna dalam pemasaran.

Selain menitikberatkan asas pendidikan berhubung penipuan, pada pengguna yang didapati telah terlibat akan kes penipuan – boleh melanjutkan aduan anda kepada rakan startegik Meta dengan langkah berikut;

Semakan

PDRM – layari pautan Semak Akaun Yang Memiliki Aduan

Bank Negara Malaysia (BNM) – ketahui maklumat terkini berhubung penipuang kewangan pada pautan Amaran Scam BNM > klik pada bahagian Tanya Amaran Scam

Suruhanjaya Sekuriti (SC) – layari Senarai Perhatian Pelabur SC, yang memberi makluman berhubung organisasi pelaburan yang tidak dibenarkan

Laporkan Kes Penipuan

Bursa Malaysia – nyatakan aduan pada emel [email protected] atau talian 03-2732-0067

KPDNHEP – aduan pada portal e-Aduan Pengguna, atau emel pada [email protected] atau hubungi 019-279-4317

FOMCA – aduan pada portal Aduan Pengguna Nasional atau hubungi 03-7803-6000/03-7805-0009