Artikel

Sekatan Eksport Ayam Malaysia Dijangka Tamat – Pada 31 Ogos Kelak

Semua pihak ketahui pada 23 Mei lalu – Perdana Menteri Ismail Sabri telah tampil dengan beberapa kaedah untuk menangani isu bekalan ayam di Malaysia. Ini termasuklah tindakan menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan pada 1 Jun.

Kini tindakan larangan eksport itu, dijangka akan tamat pada 31 Ogos kelak.

Berlandaskan kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada sidang hari ini (4 Ogos) langkah sekatan tersebut adalah bersifat sementara sahaja dan tindakan penamatan sekatan dijadualkan pada 31 Ogos kelak.

Untuk makluman, Malaysia kini mencatatkan pengeluaran 106% bekalan ayam dan ketika ini berdepan lambakan stok sehingga menjadikan harga jualan di pasaran domestik lebih rendah berbanding penetapan paras siling.