Artikel

MAVCOM Pertimbang Kenakan Penalti Kewangan – Bagi Syarikat Penerbangan Yang Tidak Patuhi Jadual

Untuk memastikan kualiti penjadualan penerbangan pada sektor negara terus teratur dan memudahkan pengguna – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) ketika ini sedang pertimbangkan untuk mengenakan penalti kewangan.

Pengenaan denda ini akan tertumpu ke atas syarikat penerbangan yang gagal mematuhi penjadualan penerbangan yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun pertimbangan tersebut pada sidang Parlimen – masih diteliti berasaskan kesesuaian syarat pada lesen dan permit syarikat penerbangan.

Mavcom melihat langkah ini tidak sekadar mendisplinkan syarikat penerbangan tetapi turut memberi jaminan pelindungan hak pengguna dalam khidmat pengangkutan negara.