Artikel

MRT3 Dianggar Berupaya Tampung 180,300 Penumpang Sehari – MOT

Projek MRT3 iaitu MRT Laluan Lingkaran yang dirancang bakal memulakan operasi dalam 2 fasa iaitu tahun 2028 dan 2030 ini – dijangka berupaya menampung seramai 180,300 penumpang sehari.

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT), jumlah tampungan penumpang itu disasar akan terus meningkat menjelang tahun 2026 dengan keupayaan menampung 1.01 juta penumpang.

Melihat pada kemampuan itu, ini secara langsung membantu menurunkan kesesakan lalu lintas bagi pengguna Lembah Klang. Untuk makluman, terdapat 10 stesen MRT3 menyambungkan laluan bersama stesen kemudahan lain seperti KTM, LRT, Monorail, MRT Laluan Kajang dan Putrajaya.

Malah pihak pentadbiran turut memaklumkan anggaran kos MRT3 ini merangkumi nilai RM50.2 bilion – ini bermakna pembangunan MRT3 bagi setiap per kilometer mencecah hampir RM1 bilion. Di mana projek ini memiliki jajaran sepanjang 51.3 km. Setakat ini kos pembinaan projek telah menelan perbelanjaan sekitar RM34.3 bilion.