Seperti yang semua ketahui, Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini telah memberi gambaran penggubalan Akta Kredit Pengguna akan dilaksanakan – dan ternyata langkah tersebut bakal dibentangkan pada suku kedua 2023 di Parlimen.
Tindakan itu dilihat sebagai usaha awal pentadbiran kewangan negara untuk mengukuhkan aturan kawal selia dan Akta Kredit Pengguna tersebut akan terpakai kepada entiti menjalankan perniagaan sebagai penyedia kredit atau penyedia perkhidmatan Kredit di arena kewangan negara.
Termasuklah penyedia BNPL pada arena negara.
Malah tidak hanya penyedia BNPL tetapi pemain industri meliputi pemfaktoran, pajakan, pembeli pinjaman terjejas, agensi kutipan hutang dan ejen pemilikan semula turut akan terlibat pada agenda ini.
Lebih menarik difahamkan semua penyedia ini akan dilesenkan dan didaftarkan di bawah Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna.
To better protect financial consumers, @BNM_official and @SecComMY are working with other Ministries to enact the Consumer Credit Act. This is part of the initiatives highlighted in the Financial Sector Blueprint 2022-2026 published earlier this year.#CCOB pic.twitter.com/yncIM9vD8L
— Bank Negara Malaysia (@BNM_official) August 4, 2022