Artikel

Petronas Ungguli Kedudukan Ke 216 – Pada Carta 500 Syarikat Teratas Di Dunia

Petronas, syarikat minyak dan gas negara telah memperkemaskan semula kedudukan mereka pada carta 500 syarikat teratas di dunia dalam tinjauan Fortune Global 500 tahun ini setelah mengalami penurunan kedudukan di tangga ke 277 pada 2021-  kini mengungguli kedudukan ke -216, naik 61 anak tangga.

Dengan memiliki seramai 46,884 kakitangan di seluruh dunia, Petronas memaparkan nilai aset terkumpul sebanyak RM679.7 bilion ($152,498.6 bilion).

Untuk makluman, Petronas telah tersenarai pada carta ini selama 26 tahun lagi dan mengikut persaingan bersama O&G negara jiran – PTT Public Company Thailand di kedudukan ke 177 dan PT Pertamina Indonesia di kedudukan ke 223.

Sementara syarikat yang terus mendahului pada carta syarikat 10 teratas pula adalah seperti berikut;

  • Walmart Inc
  • Amazon.com
  • The State Grid Corporation of China
  • China National Petroleum
  • Sinopec Group
  • Saudi Aramco
  • Apple
  • Volkswagen
  • China State Construction Engineering
  • CVS Health