Artikel

Harga Siling Bulanan Minyak Masak Botol 1kg – Kini Ditetapkan RM7.70

Seperti apa yang dijanjikan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, pentadbiran negara melalui Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini menetapkan harga siling minyak masak botol secara bulanan – bermula 8 Ogos ini.

Di mana harga minyak masak botol 1kg adalah RM7.70, diikuti 2kg (RM14.70), 3kg (RM21.70) dan 5kg pula RM34.70.

Kegagalan pihak pengeluar mengikuti paras siling minyak masak berbotol ini akan dikenakan tindakan perundangan bersama penalti. Kemudahan paras harga ini akan dikuat kuasakan pada 8 Ogos sehingga 7 September.

Sebarang perubahan harga jualan akan dimaklumkan secara bulanan untuk pengetahuan pengguna awam.