Artikel

Laporan Ketua Audit Negara – Dapati Bantuan Terhadap B40 Tidak Diagih Secara Seimbang

Ternyata didapati terdapat ketidakseimbangan pada agihan bantuan melibatkan golongan bersasar B40 bandar di Malaysia.

Tinjauan pada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bagi pembentangan hari ini (3 Ogos) menunjukkan PPKB, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu memperlihatkan beberapa ketidakseimbangan berlaku pada insiatif Program Baik Pulih Rumah, Rumah Sejahtera dan Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar – antaranya;

  • Di bawah Program Baik Pulih Rumah – sasaran tahun 2016 sebanyak 2,300 rumah peserta dibaiki tidak tercapai melibatkan 118 rumah peserta. Malah baki peruntukan tahun 2016 berjumlah RM1.08 juta telah diserah semula oleh KPKT kepada MOF kerana tidak dapat dibelanjakan
  • 3 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – tidak memiliki Program Perumahan kerana tidak pernah mengemukakan permohonan kepada KPKT
  • Tidak membelanjakan peruntukan untuk manfaat golongan bersasar – didapati kelulusan baik pulih/bina baharu kepada 39 peserta dengan jumlah RM620,00 tidak dilaksanakan oleh agensi pelaksana
  • Kelulusan Peserta tidak berdasarkan statistik B40 bandar pada Program Baik Pulih Rumah – seharusnya merangkumi kumpulan B40 bandar di Selangor, Johor, Perak, KL, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Kelantan. Namun Melaka tidak tersenarai pada kumpulan utama menjadi negeri ketiga terima manfaat bantuan dan Pulau Pinang pula hanya 1.5% peserta sahaja menerima manfaat tersebut
  • Didapati seramai 2,193 (15.8%) peserta yang menerima kelulusan bantuan adalah peserta yang menetap di luar bandar dalam sistem eKasih
  • Manakala 309 peserta pula tidak berjaya menjana pendapatan minimum
  • Terdapat 22 PBT juga memiliki baki akaun PPKB berjumlah RM11,808.43 hingga RM2.06 juta yang tidak dibelanjakan buat manfaat golongan sasar ini. Keseluruhan berjumlah RM4.82 juta.

Situasi tinjauan ini jelas menunjukkan terdapat penyimpangan pada sasaran asal golongan bersasar yang terlibat. Ketidakupayaan agensi pelaksana menjayakan program PPKB ini telah merugikan manfaat golongan bersasar. Maka saranan menilai semula pendekatan program wajar dijalankan demi kesejahteraan golongan B40 negara.

Bagi mengetahui perincian lanjut, orang awam boleh layari pautan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 1 ini.