Artikel

Menteri Kewangan Indonesia Maklum – Nilai Jatuh Rupiah Lebih Baik Berbanding Ringgit Malaysia

Berbanding mata wang dolar Amerika Syarikat yang terus mengukuh, mata wang dunia yang lain dilihat terus melemah ini termasuklah Malaysia dan Indonesia.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian di awal tahun sehingga 28 Julai 2022 – Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani memaklumkan kejatuhan nilai Rupiah dilihat lebih baik jika dibandingkan dengan Malaysia dan beberapa negara lain.

Mengikut laporan CNN Indonesia, perbandingan tersebut menerangkan Ringgit Malaysia telah alami penurunan 6.46% dalam tempoh tersebut, diikuti India (6%) dan Thailand -9.24%.

Melihat pada situasi perbandingan kejatuhan ini, ia secara langsung akan memberi tekanan kepada pasaran negara dikala nilai pendapatan dan simpanan semakin mengecil.