Artikel

Panasonic Malaysia Dijangka Naikkan Harga Produk – Bagi Separuh Kedua 2022

Perancangan menaikkan beberapa harga produk terpilih pada separuh kedua 2022 ini mungkin berlaku berikutan hasil peningkatan kos bahan yang harus ditanggung Panasonic Malaysia.

Langkah mengimbangi kesan tekanan kos itu telah mendorong jenama menaikkan harga sebahagian model sehingga 10%. Buat pengetahuan umum usaha penyerapan kos ini berlaku susulan lonjakan harga bahan panel seperti keluli, tembaga dan aluminium di pasaran telah naik lebihi 84%.

Berdasarkan laporan NikkeiAsia ini, Presiden Masahiro memaklumkan peningkatan harga 3-23% akan berlaku ke atas hampir 80 produk khususnya melibatkan jualan peti sejuk dan pembersih vakum bermula Ogos ini. Dan sekiranya operasi tidak dapat menyerap kos terdapat kemungkinan peningkatan harga penghantaran turut berlaku.

Rentetan tekanan itu, kumpulan bercadang meningkatkan segmen automasi pengeluaran, bagi menampung kekurangan tenaga kerja dan peningkatan gaji minimum yang perlu ditanggung pengurusan.

Setakat ini, syarikat menampung sekitar RM12.2 juta kos penstrukturan susulan tekanan semasa dan terpaksa berdepan margin keuntungan yang lebih kecil.