Artikel

Pengguna Malaysia Hasilkan 17,100 Tan Metrik Sisa Makanan – Setiap Bulan

Tahukah anda dengan lebih pembuangan 17,100 tan metrik sisa makanan di Malaysia ia berupaya memberi manfaat makanan kepada 3 juta penduduk di negara? Benar itulah yang berlaku apabila hampir 45% pembuangan sisa makanan kini telah dicatatkan pengguna negara.

Di mana secara keseluruhan pembuangan sisa pepejal – rakyat negara telah menjana lebih 38,000 tan metrik sisa pepejal setiap bulan.

Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), situasi yang sama turut didepani penduduk negara jiran dengan rekod pembuangan sisa pepejal makanan;

  • Indonesia – 60%
  • Filipina – 55%
  • Thailand – 64%
  • Vietnam – 64%

Maka melihat pada trend tersebut pihaknya menemui struktur pembuangan ini berlaku setelah makanan dibuang dan sebelum makanan dibuang pengguna. Dan mengikut struktur tersebut ternyata pengguna Malaysia mencatatkan 8% (lebih 1,300) pembuangan sisa makanan yang masih boleh dimakan.

Tabiat itu secara langsung meningkatkan kadar sisa makanan negara.