Sekalipun kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) telah memberi tekanan kepada para peminjam, situasi ini tidak menafikan permohonan pinjaman di Malaysia memperlihatkan peningkatan.
Berlandaskan tinjauan RHB Investment, 18% permohonan pinjaman meningkat pada Jun 2022. Ini turut merangkumi peningkatan permohonan pinjaman kenderaan sebanyak 16%.
Seperti yang umum ketahui paras OPR mulai meningkat pada Mei lalu dengan penambahan 25 mata asas (bps) kepada 2.00% dan setakat Julai paras OPR negara adalah 2.25%. Dan dijangka paras itu akan terus menaik pada pengumuman September kelak.
Melihat pada lonjakan permohonan pinjaman, ini menunjukkan aliran perniagaan di negara semakin mampan meskipun berdepan tekanan inflasi dan kadar faedah yang semakin naik.
Selain itu tinjauan CGS-CIMB turut mendapati pinjaman isi rumah negara ketika ini telah meningkat 5% pada akhir Mei 2022 sementara pinjaman perniagaan pula meningkat 5.5%.