Artikel

Hasil Kutipan Cukai Malaysia Setakat April – Kini RM45.6 Bilion

Sehingga April 2022, sejumlah RM45.6 bilion cukai langsung telah berjaya dikutip oleh negara. Angka itu sekaligus merangkumi 38.5% daripada sasaran RM127.3 bilion yang digariskan Malaysia pada Bajet 2022.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bagi merancakkan lagi usaha mencapai matlamat jumlah kutipan tersebut – LHDN dalam perancangan menambah-baik sistem percukaian. Antara tumpuannya memperkasakan amalan pematuhan cukai dan mengenalpasti ketirisan hasil cukai negara.

Buat masa ini, momentum kutipan cukai masih baik dan jumlah tersebut disasar dapat dicapai menjelang akhir 2022.