Artikel

DOSM, KBS Bekerjasama – Sedia Platform Data Industri Sukan, Ketahui Paras Sumbangan Dalam Ekonomi Negara

Bagi mengukuhkan struktur industri sukan negara, data dilihat memainkan peranan penting untuk dijadikan rujukan utama dalam merancakkan sektor pada ekonomi Malaysia.

Terbaharu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini telah mengatur perbincangan untuk mewujudkan akaun satelit industri sukan yang rasmi dan secara menyeluruh.

Usaha itu kelak dapat dijadikan rujukan utama buat industri sukan untuk mengukur paras sumbangan terhadap ekonomi Malaysia.

Langkah ini menurut Menteri KBS Ahmad Faizal Azumu adalah seiring dengan matlamat pentadbiran untuk menjadikan industri sebagai antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara seperti yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Mengikut perkongsian tersebut, perbincangan ini masih diperingkat awal dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa buat tatapan data semua pihak.