Artikel

McDonald’s Larang Pelanggan Bawah 18 Tahun Masuki Premis Selepas Jam 5 Petang – Di Britain

Setelah melaksanakan beberapa pertimbangan berhubung tingkah-laku sosial pengguna, McDonald’s di cawangan Liverpool, Britain mula menguatkuasakan had masa kemasukan pengguna berusia bawah 18 tahun di premis makanan segera itu.

Pengguna berusia bawah 18 tahun dibenarkan memasuki premis restoran sebelum jam 5 petang, untuk jam selepasnya hanya dibenarkan masuk sekiranya kumpulan ini ditemani penjaga.

Hal ini susulan terdapat tingkah laku sosial yang kurang baik dari pengguna ke atas petugas cawangan. Langkah tersebut dilihat telah menjejaskan kesejahteraan para pekerja McDonald’s.

Malah keputusan itu turut dicapai bersama kerjasama pihak berkuasa polis, bagi memastikan insiden masalah sosial pelanggan dapat dibendung pihak premis.

Mengikut tinjauan ke atas 2,700 pekerja pada laporan menunjukkan hampir keseluruhan pekerja berdepan masalah sosial dengan pelanggan mereka. Dengan 60% telah melaporkan menerima ancaman keganasan fizikal dan 9% pula telah diserang secara fizikal ketika bertugas.

Masalah sosial ini dimaklumkan tidak hanya melibatkan serangan fizikal tetapi turut berlaku secara lisan.