Artikel

Selangor Bakal Bangunkan Aplikasi Khas Depani Krisis Banjir

Selangor merancang untuk membangunkan aplikasi khas buat kemudahan penduduk negeri, depani krisis banjir.

Menerusi perkongsian agenda itu menurut Exco Perubahan Iklim negeri, ia akan menghubungkan penduduk terkesan bersama agensi serta sukarelawan berkaitan dan kelak memudahkan para penduduk menerima bantuan krisis.

Bagaimanapun pelaksanaan ini masih diperingkat awal dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada umum kelak.

Untuk makluman, pada akhir Disember lalu krisis banjir yang melanda negara telah mengakibatkan kerugian mencecah RM6.5 bilion. Ini meliputi kerugian premis perniagaan, perumahan, aset peribadi seperti kenderaan dan kemusnahan lain.