Artikel

Setakat Akhir Jun 2022 – Hutang Negara Kini RM1.045 Trilion

Mengikut kedudukan hutang semasa, setakat akhir Jun 2022 – kerajaan Persekutuan negara memiliki sejumlah hutang RM1.045 trilion atau 63.8% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Melihat pada komitmen itu, Kementerian Kewangan (MOF)  pada sidang parlimen memaklumkan secara amnya jumlah hutang ini tidak terkesan akan hutang 1MDB, SRC dan SSER. Ini bermakna hutang tersebut tidak meningkatkan hutang kerajaan Persekutuan secara langsung.

Namun MOF akui, 1MDB, SRC dan SSER adalah entiti yang menerima jaminan kerajaan di bawah Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965 atau Seksyen 14 Akta Tatacara Kewangan.

Ini bermakna entiti tersebut memberi pendedahan risiko liabiliti luar jangka kepada kerajaan negara selagi mana komitmen hutang tersebut masih belum selesai.

Untuk makluman, baki komitmen hutang 1MDB merangkumi bayaran prinsipal serta faedah adalah sebanyak RM32.08 bilion. Sementara baki komitmen hutang SSER pula berjumlah RM8.78 bilion dan komitmen hutang SRC pula telah selesai sejak akhir Mac lalu.