Artikel

RM5.6 Bilion Diluluskan Bagi Projek Inovasi, R&D Malaysia

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) pentadbiran negara kini telah meluluskan nilai kos berjumlah RM5.6 bilion untuk pelaksanaan 99 projek dan program berhubung penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersialan dan inovasi di negara.

Ekosistem yang selesa buat sektor inovasi negara wajar diperkasakan. Ia akan memberi kelebihan dalam penyertaan pelaburan yang berupaya meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan produk negara.

Menurut Perdana Menteri Ismail Sabri, pengagihan kos itu berpotensi memperkasakan struktur teknologi digital negara – di samping meningkatkan peluang pelaburan ekonomi dan selari dengan gagasan mencapai taraf negara maju menjelang 2025 kelak.